KURSUS :KRT 3013- TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH
NAMA: NORMAIZATUL AZLIZA BT SHAARI @ MD NOH
KUMPULAN : EL-B15
NAMA PENSYARAH: CIK AMILY SHAFILA BT SHARIFF

Saturday 3 December 2011

KAEDAH MEMBACA (PART2)

Assalamualaikum wbt..
Saya berhajat nak sambung topik  yang lepas kaedah membaca.

Disebabkan kaedah mengeja agak menyukarkan murid-murid  bermasalah pembelajaran, maka cuba kita mengggunakan  kaedah fonik/fonetik.. Kaedahnya seperti berikut:

i) Kenalkan bunyi huruf kepada murid-murid, bukan nama huruf. Cuba lihat  contoh di bawah.  Ini contoh untuk mengenalkan bunyi huruf vokal. Maaf  jika gambar kurang memuaskan tetapi harap semua faham apa yang saya cuba sampaikan.
Kalau huruf ini "a" kena nganga mulut.. bunyi apa? aaaaaaaaaaa.. .
Yang ini pula bunyi sendawa bagaimana, cuba teka? Errrrrrrk.. (jangan kuatkan sangat bunyi 'k' hujung sendawa tu..)

Ini pula, mulut kena sengih.. Sengih luas biar nampk gigi.. Bunyinya eeeeeee..


mulut melopong pula bagaimana.. o0o0o0o0o0
Kalau yang ni pula, mulut muncung.. uuuuuuuuu

Saya sudah mencuba kaedah ni utk murid-murid  saya yang tidak  mengenal huruf.. Alhamdulillah mereka sudah boleh membunyikan huruf vocal  walaupun tidak  kenal nama huruf  tersebut. Kita akan ajar nama huruf diakhir pembelajaran nanti..


Selamat mencuba! InsyaAllah lain kali saya tunjukkan cara nak ajar bunyi huruf lain pula.





No comments:

Post a Comment