KURSUS :KRT 3013- TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH
NAMA: NORMAIZATUL AZLIZA BT SHAARI @ MD NOH
KUMPULAN : EL-B15
NAMA PENSYARAH: CIK AMILY SHAFILA BT SHARIFF

Sunday 11 December 2011

KAEDAH MEMBACA (PART 3)

Minta maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk menyambung pelajaran yang lepas kerana saya sibuk menyiapkan tugasan assignment Falsafah dan Dasar serta Teknologi Pentaksiran 2 yang tarikh akhirnya 9.hb Dis dan alhamdulillah kedua-duanya telah selesai dan hari ini saya cuba untuk menyiapkan blog saya pula...untuk topik 1 dan 2  saya sudah mengenalkan huruf vokal (a,e,i,o,u). Sekarang beralih kepada huruf konsonan pula. Kita cuba dengan huruf m.. Oh ye, kita tidak perlu ajar ikut turutan a,b,c,d,e,f,g,h, tetapi kita ajar huruf yang banyak digunakan sahaja.. Ini satu kaedah apabila saya mengajar murid-murid saya. Cuba lihat huruf di bawah..

Pernah tak tengok huruf tu kat mana-mana? Sama tak dgn huruf ni?

dan murid-murid saya akan menjawab burger mc donald
Ok,  pernah tak  makan mcd ? Sedap tak?

Mungkin murid-murid saya akan menjawab : Sedaappppp..

Biasanya  Kalau sedap, kita selalunya akan cakap mmmmmmm, sedapnya.. Jadi, kalau murid-murid  nmpk huruf m  ini, bunyinya mmmmm..



Tunjukkan sukukata 'ma' kepada murid-murid, Macamana bunyi sedap dan  nganga.. mmmaaaa..



Kalau sukukata 'mi' -> sedap dan sengih.. mmmiiiii

Lama-lama nanti, bila murid-murid sudah terbiasa, kita tidak perlu lagi bagi hint 'sedap/sengih', 'sedap/muncung' dan sebagainya ..

Ok, kaedah ini kelihatan lucu kepada yang tidak biasa mencuba.. Tapi kita perlu  ingat, setiap anak dilahirkan dengan kebolehan yang berbeza.. Sebagaimana Raihan nyanyi, iman tak dapat diwarisi, kepandaian juga tak dapat diwarisi ye.


Ok , kita lihat pula part 4 sebentar lagi.

No comments:

Post a Comment