KURSUS :KRT 3013- TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH
NAMA: NORMAIZATUL AZLIZA BT SHAARI @ MD NOH
KUMPULAN : EL-B15
NAMA PENSYARAH: CIK AMILY SHAFILA BT SHARIFF

Sunday 11 December 2011

KAEDAH MEMBACA (PART 4)

Ok , seterusnya bagaimana nak memperkenalkan bunyi huruf konsonan s pulak.. Kita perlu kaitkan huruf s dengan bentuk dan bunyi ular.. Untuk menarik minat murid-murid, jangan tunjukkan huruf terus, tunjukkan gambar ular dahulu..


Beri rangsangan kepada murid-murid untuk mereka berfikir tentang haiwan reptilia yang berbahaya ini.. Tanyakan soalan-soalan atau beri info yang boleh membuatkan mereka berfikir.




Kaitkan bentuk ular dengan bentuk huruf.. Tapi pastikan anda  menunjukkan gambar ular yg berbentuk s...



Kenalkan pula bunyi ular.. Kalau ada video m cam National Geography lagi baik..atau  cari apa-apa video yang ada, tunjukkan bunyi ular.. Ular akan berbunyi 'ssssssssss'..


Maka, apabila murid-murid berjumpa huruf s yang berbentuk mcm ular ni, bunyinya juga seperti ular..'sssssss'

- Ok, mcamana nak eja sukukata 'sa'?
Hint: ular/nganga

- Mcamana nak eja 'masa'?
Hint: sedap/nganga/ular/nganga

okla ..nanti saya sambung lagi yea..

No comments:

Post a Comment