KURSUS :KRT 3013- TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH
NAMA: NORMAIZATUL AZLIZA BT SHAARI @ MD NOH
KUMPULAN : EL-B15
NAMA PENSYARAH: CIK AMILY SHAFILA BT SHARIFF

Sunday 11 December 2011

Belajar membaca sukukata terbuka







http://www.youtube.com/watch?v=jt4eR-bw1tY
Di sertakan video berguna untuk dikongsikan bersama iaitu kaedah membaca sukukata terbuka...
Selamat menonton

KAEDAH MEMBACA (PART 5)

Huruf konsonan c

i) Tunjukkan gambar di bawah. Minta murid menceritakan apa sahaja yang mereka tahu tentang gambar itu.. Pengalaman mereka menonton cerita tersebut, seronok atau tidak…


ii) Tunjukkan pula logo cicakman


iii) Kaitkan persamaan logo tersebut dengan huruf di bawah
iv) Kaitkan gambar haiwan di dalam logo itu (cicak) dengan bunyi cicak.. Macamana bunyi cicak? 'cccccccc'..

v) Jadi, setiap kali nampak huruf 'c', ingat lah pada logo cicakman dan ingat lah bunyi cicak..

vi) Cicak..nganga camne? cccccaaaaaa.. Jadi lah sukukata Ca.


Huruf konsonan z 

i) Minta idea murid tentang gambar di bawah.. Murid mungkin akan menjawab, orang tengah makan, pastu dia ngantuk, dia pun tertidur..


ii) Tanyakan pula apa yang keluar dari mulut dia tu? Mungkin ada yang akan menjawab, bunyi dengkuran.. Dengkuran halus kan bunyi macam lebah betul tak ?. zzzzzzzzz.. Tapi kalo ada murid cakap camni, 'cikguu..ayah saya tidor berdengkur gak.. Tapi  tidak bunyi zzzzz, bunyi krohhh..krohhhhh tu macammane pulak cikgu?' Kalau ada yang tanya macamtu, fikir laa sendiri nak jawab apa..

iii) Kaitkan dengkuran yang beralun2 dan berirama tadi dengan 2 gambar di bawah.


iii) Jadinya, kalo jumpa huruf 'z' ni, ingat lah bagaimana bunyi dengkuran.. 'zzzzzzzzz'

iv) Kalo jumpa sukukata 'zu' bagaimana nak sebut? hint: dengkur/muncung = zzzzzuuuuuu / zu

BELAJAR ABC MENGGUNAKAN KOD ISYARAT TANGAN

Ok topik ni lari sikit dari  tajuk yang tadi . Ini kalau nak ajar murid-murid yang mengalami masalah pendengaran ye..setiap manusia menggunakan bahasa untuk berkomunikasi. Demikian juga orang yang mengalami masalah pendengaran menggunakan bahasa untuk berkomunikasi. Sesungguhnya bahasa isyarat merupakan bahasa pertama bagi orang pekak yang dibentuk oleh orang pekak sendiri untuk tujuan komunikasi antara satu sama lain.Bahasa isyarat ini merupakan satu sistem komunikasi yang berorientasikan visual dan pergerakan tangan.Jadi mari belajar ABC menggunakan kod isyarat tangan.
sumber utube.

KAEDAH MEMBACA (PART 4)

Ok , seterusnya bagaimana nak memperkenalkan bunyi huruf konsonan s pulak.. Kita perlu kaitkan huruf s dengan bentuk dan bunyi ular.. Untuk menarik minat murid-murid, jangan tunjukkan huruf terus, tunjukkan gambar ular dahulu..


Beri rangsangan kepada murid-murid untuk mereka berfikir tentang haiwan reptilia yang berbahaya ini.. Tanyakan soalan-soalan atau beri info yang boleh membuatkan mereka berfikir.




Kaitkan bentuk ular dengan bentuk huruf.. Tapi pastikan anda  menunjukkan gambar ular yg berbentuk s...



Kenalkan pula bunyi ular.. Kalau ada video m cam National Geography lagi baik..atau  cari apa-apa video yang ada, tunjukkan bunyi ular.. Ular akan berbunyi 'ssssssssss'..


Maka, apabila murid-murid berjumpa huruf s yang berbentuk mcm ular ni, bunyinya juga seperti ular..'sssssss'

- Ok, mcamana nak eja sukukata 'sa'?
Hint: ular/nganga

- Mcamana nak eja 'masa'?
Hint: sedap/nganga/ular/nganga

okla ..nanti saya sambung lagi yea..

KAEDAH MEMBACA (PART 3)

Minta maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk menyambung pelajaran yang lepas kerana saya sibuk menyiapkan tugasan assignment Falsafah dan Dasar serta Teknologi Pentaksiran 2 yang tarikh akhirnya 9.hb Dis dan alhamdulillah kedua-duanya telah selesai dan hari ini saya cuba untuk menyiapkan blog saya pula...untuk topik 1 dan 2  saya sudah mengenalkan huruf vokal (a,e,i,o,u). Sekarang beralih kepada huruf konsonan pula. Kita cuba dengan huruf m.. Oh ye, kita tidak perlu ajar ikut turutan a,b,c,d,e,f,g,h, tetapi kita ajar huruf yang banyak digunakan sahaja.. Ini satu kaedah apabila saya mengajar murid-murid saya. Cuba lihat huruf di bawah..

Pernah tak tengok huruf tu kat mana-mana? Sama tak dgn huruf ni?

dan murid-murid saya akan menjawab burger mc donald
Ok,  pernah tak  makan mcd ? Sedap tak?

Mungkin murid-murid saya akan menjawab : Sedaappppp..

Biasanya  Kalau sedap, kita selalunya akan cakap mmmmmmm, sedapnya.. Jadi, kalau murid-murid  nmpk huruf m  ini, bunyinya mmmmm..



Tunjukkan sukukata 'ma' kepada murid-murid, Macamana bunyi sedap dan  nganga.. mmmaaaa..



Kalau sukukata 'mi' -> sedap dan sengih.. mmmiiiii

Lama-lama nanti, bila murid-murid sudah terbiasa, kita tidak perlu lagi bagi hint 'sedap/sengih', 'sedap/muncung' dan sebagainya ..

Ok, kaedah ini kelihatan lucu kepada yang tidak biasa mencuba.. Tapi kita perlu  ingat, setiap anak dilahirkan dengan kebolehan yang berbeza.. Sebagaimana Raihan nyanyi, iman tak dapat diwarisi, kepandaian juga tak dapat diwarisi ye.


Ok , kita lihat pula part 4 sebentar lagi.

Sunday 4 December 2011

AKTIVITI PPKI LAGI

Di sini saya sertakan gambar-gambar aktiviti antara bulan Jun hingga November 2011.sambungan post yang lepas.

6. Karnival Sukan dan Permainan Pendidikan Khas Daerah Petaling Perdana.


7. Minggu Keusahawanan Pendidikah Khas


8.Lawatan Rekreasi dan Motivasi di Melaka


9. Berhari raya bersama KFCH Kolej.




Sebenarnya ada lagi aktiviti-aktiviti yang tidak dapat dikesan gambar-gambarnya macam pertandingan bowling, Hari keluarga /jamuan akhir tahun dan Sambutan bulan Merdeka.Entah kemana menghilang..


Saturday 3 December 2011

KAEDAH MEMBACA (PART2)

Assalamualaikum wbt..
Saya berhajat nak sambung topik  yang lepas kaedah membaca.

Disebabkan kaedah mengeja agak menyukarkan murid-murid  bermasalah pembelajaran, maka cuba kita mengggunakan  kaedah fonik/fonetik.. Kaedahnya seperti berikut:

i) Kenalkan bunyi huruf kepada murid-murid, bukan nama huruf. Cuba lihat  contoh di bawah.  Ini contoh untuk mengenalkan bunyi huruf vokal. Maaf  jika gambar kurang memuaskan tetapi harap semua faham apa yang saya cuba sampaikan.
Kalau huruf ini "a" kena nganga mulut.. bunyi apa? aaaaaaaaaaa.. .
Yang ini pula bunyi sendawa bagaimana, cuba teka? Errrrrrrk.. (jangan kuatkan sangat bunyi 'k' hujung sendawa tu..)

Ini pula, mulut kena sengih.. Sengih luas biar nampk gigi.. Bunyinya eeeeeee..


mulut melopong pula bagaimana.. o0o0o0o0o0
Kalau yang ni pula, mulut muncung.. uuuuuuuuu

Saya sudah mencuba kaedah ni utk murid-murid  saya yang tidak  mengenal huruf.. Alhamdulillah mereka sudah boleh membunyikan huruf vocal  walaupun tidak  kenal nama huruf  tersebut. Kita akan ajar nama huruf diakhir pembelajaran nanti..


Selamat mencuba! InsyaAllah lain kali saya tunjukkan cara nak ajar bunyi huruf lain pula.