KURSUS :KRT 3013- TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH
NAMA: NORMAIZATUL AZLIZA BT SHAARI @ MD NOH
KUMPULAN : EL-B15
NAMA PENSYARAH: CIK AMILY SHAFILA BT SHARIFF

Friday 2 December 2011

KAEDAH MEMBACA (PART 1)

Assalamualaikum..dan salam 1 Malaysia.
 Nak dengar cerita tentang kaedah cepat membaca ? Ok, secara umumnya, Bagaimana kita boleh membaca?

1. Kenal huruf kecil a-z
2. Kenal huruf besar A-Z
3.
Mengeja sukukata KV bermula dari B.A ba, B.I bi, B.U. bu, B.Ebe, B.E be, B.O boca ci cu ce ce coda di du de de do sehingga za zi zu ze ze zo..
4. Apabila sudah kenal sukukata kv, baru  dicantumkan sukukata tersebut menjadi buku,bolasayasusu dan lain-lain.

Itu  baru perkataan yang mudah-mudah.Bagaimana pula jika kita hendak mengajar perkataan yang ada ng, ny, au, ai seperti pulau, salainyanyi, abang dan lain-lain kepada murid-murid pendidikan khas yang mempunyai pelbagai kategori masalah pembelajaran ,pasti susah dan sangat mencabar sebenarnya dan yang penting perlu ada kesabaran. Walaupun kadang kala hasil pencapaian murid-murid pendidikan khas mengambil masa yang sangat panjang untuk menguasai sesuatu perkara yang diajar. Cuba bilang, sebelum sampai fasa ke 4 seperti di atas, berapa banyak benda yang perlu murid-murid anda  perlu ingat..

1
. Kenal huruf kecil a-z (26 bentuk dan nama perlu diingat)
2. Kenal huruf besar A-Z (26 bentuk dan nama perlu diingat)
3.
Mengeja sukukata KV bermula dari B.A ba, B.I bi, B.U. bu, B.E be, B.E be, B.O bo, ca ci cu ce ce co, da di du de de do sampai laa za zi zu ze ze zo.. (126 bunyi perlu diingat)

Berapa kesemuanya? 178 pola utk dihafal..
Agaknya mampukah anak-anak kecil seawal usia 3thn utk ingat semua tu? Apatah lagi murid-murid saya di kelas pendidikan khas yang bermacam-macam-macam kategori bermasalah pembelajaran.

^^Setujukah anda, kebanyakkan kanak di Malaysia lambat membaca?
^^Adakah cara lain utk kanak-kanak cepat membaca selain daripada menghafal ke semua 126 pola huruf?

Ok la..sambung lagi  di lain masa..bye.


No comments:

Post a Comment