KURSUS :KRT 3013- TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH
NAMA: NORMAIZATUL AZLIZA BT SHAARI @ MD NOH
KUMPULAN : EL-B15
NAMA PENSYARAH: CIK AMILY SHAFILA BT SHARIFF

Friday 2 December 2011

AKTIVITI TAHUN 2011(Jan-Jun)

Lama rasanya saya tidak menjengah ke blog saya ini. Tak tahu rasanya nak letak bahan apa kat sini dan teringat saya akan aktiviti - aktiviti yang telah Program Pendidikan Khas sekolah saya jalankan jadi, saya sertakan sebahagian daripada koleksi gambar-gambar pelbagai aktiviti yang telah saya sertai sepanjang tahun 2011 bersama pelajar-pelajar PPKI SMK Puchong Utama 1.Bagi pelajar-pelajar Pendidikan Khas program-program yang dijalankan ini merupakan pembelajaran di luar bilik darjah apabila mereka berpeluang mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari dibilik darjah ke dalam kehidupan yang sebenar melalui aktiviti-aktiviti yang disertai.


1. Projek Latihan Mandiri di Carrefour Puchong Utama 1. Projek ini bertujuan untuk melatih murid-murid PPKI berdikari membeli belah di pasaraya. Pelajar-pelajar diberikan wang saku sebanyak RM 10 untuk berbelanja. 


2) Projek Pertanian Baja Kompas. Dah pandai buat baja kompos, lepas ni boleh buat bisnes jual baja..




3 Kem Sahsiah dan Pengurusan Diri PPKI 2011


4 Lawatan Sambil Belajar ke Perak Darul Ridzuan


5) Majlis Sambutan Hari Lahir Guru, PPM dan Pelajar-Pelajar PPKI




Banyak lagi aktivti -aktiviti lain nanti kalau ada kesempatan saya cari semula koleksi gambar-gambar dan post lagi kat sini.

No comments:

Post a Comment