KURSUS :KRT 3013- TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH
NAMA: NORMAIZATUL AZLIZA BT SHAARI @ MD NOH
KUMPULAN : EL-B15
NAMA PENSYARAH: CIK AMILY SHAFILA BT SHARIFF

Sunday 11 December 2011

KAEDAH MEMBACA (PART 5)

Huruf konsonan c

i) Tunjukkan gambar di bawah. Minta murid menceritakan apa sahaja yang mereka tahu tentang gambar itu.. Pengalaman mereka menonton cerita tersebut, seronok atau tidak…


ii) Tunjukkan pula logo cicakman


iii) Kaitkan persamaan logo tersebut dengan huruf di bawah
iv) Kaitkan gambar haiwan di dalam logo itu (cicak) dengan bunyi cicak.. Macamana bunyi cicak? 'cccccccc'..

v) Jadi, setiap kali nampak huruf 'c', ingat lah pada logo cicakman dan ingat lah bunyi cicak..

vi) Cicak..nganga camne? cccccaaaaaa.. Jadi lah sukukata Ca.


Huruf konsonan z 

i) Minta idea murid tentang gambar di bawah.. Murid mungkin akan menjawab, orang tengah makan, pastu dia ngantuk, dia pun tertidur..


ii) Tanyakan pula apa yang keluar dari mulut dia tu? Mungkin ada yang akan menjawab, bunyi dengkuran.. Dengkuran halus kan bunyi macam lebah betul tak ?. zzzzzzzzz.. Tapi kalo ada murid cakap camni, 'cikguu..ayah saya tidor berdengkur gak.. Tapi  tidak bunyi zzzzz, bunyi krohhh..krohhhhh tu macammane pulak cikgu?' Kalau ada yang tanya macamtu, fikir laa sendiri nak jawab apa..

iii) Kaitkan dengkuran yang beralun2 dan berirama tadi dengan 2 gambar di bawah.


iii) Jadinya, kalo jumpa huruf 'z' ni, ingat lah bagaimana bunyi dengkuran.. 'zzzzzzzzz'

iv) Kalo jumpa sukukata 'zu' bagaimana nak sebut? hint: dengkur/muncung = zzzzzuuuuuu / zu

No comments:

Post a Comment